100% percuma · tanpa iklan

Gaji habis
ke mana?

Berkatly ialah app kewangan keluarga yang cantik & mudah. Catat belanja, bil, komitmen, simpanan, takaful dan rancang harta untuk waris, semua dalam satu tempat.

Tak perlu daftar akaunAndroid & iPhoneBahasa Melayu & English
Skrin utama Berkatly
PERCUMAselamanya
Semua dalam satu app

Urus duit keluarga, tanpa pening.

Direka untuk Gen Z, milenial dan keluarga muda. Ringkas, laju, dan tak semak.

Catat belanja 3 saat

Pilih kategori, taip jumlah, siap. Boleh simpan gambar resit sekali.

Baki sebenar bulan ni

Pendapatan tolak belanja, bil, takaful & komitmen. Terus nampak berapa yang tinggal.

Komitmen BARU

Pinjaman rumah, kereta, kad kredit, PTPTN. Lihat baki hutang & bila habis bayar.

Bil & peringatan

TNB, air, internet. App ingatkan sebelum tarikh akhir, tak ada lagi bayar lewat.

Tabung simpanan

Tabung kecemasan, pendidikan anak, kahwin, travel. Satu tabung untuk setiap anak pun boleh.

Pelaburan

ASB, KWSP, Tabung Haji, emas, saham. Lihat untung atau rugi dengan sekali pandang.

Lindung keluarga

Semak medical card, hibah takaful & penyakit kritikal untuk setiap ahli keluarga.

Pewarisan harta

Senaraikan harta, tanda yang dah ada hibah atau wasiat. Waris tak tercari-cari nanti.

Peringatan Jumaat

52 peringatan setahun tentang harta & berkat, dari al-Quran, hadis sahih & kata-kata hikmah.

Tengok sendiri

Cantik, kemas & mudah difahami.

Skrin belanja
BelanjaIkut kategori, dengan resit
Skrin komitmen
KomitmenBaki hutang & tarikh habis
Skrin simpanan
SimpananTabung untuk setiap matlamat
Skrin takaful
LindungPerlindungan seisi keluarga
Privasi anda dijaga

Data anda kekal dalam telefon anda.

Berkatly tak simpan maklumat kewangan anda di mana-mana server. Tiada siapa boleh tengok, termasuk kami.

Tak perlu daftar akaun

Tiada emel, tiada nombor telefon, tiada kata laluan.

Disimpan dalam peranti

Semua rekod & gambar resit kekal dalam telefon anda sahaja.

Backup bila-bila masa

Salin backup dan simpan di WhatsApp atau nota, kemudian pulihkan bila tukar telefon.

Ringan, kurang 1 MB

Tak semakkan telefon, tak makan bateri, sentiasa dapat versi terbaru.

Untuk siapa?

Sesuai untuk semua peringkat.

🎓Gen Z

Baru mula kerja, nak tahu gaji pergi mana dan mula menabung.

💼Milenial

Ada komitmen rumah, kereta & kad kredit yang perlu dipantau.

👨‍👩‍👧Keluarga muda

Tabung anak, takaful seisi keluarga & rancang harta untuk waris.

Cara pasang · 30 saat

Pasang terus, tanpa Play Store.

Berkatly dipasang terus dari browser. Ikon akan muncul di skrin utama macam app biasa.

Android guna Chrome

  1. Tekan Buka Berkatly di halaman ini
  2. Tekan menu ⋮ di atas kanan
  3. Pilih “Add to Home screen” / “Pasang app”
  4. Tekan Add / Pasang. Siap!

iPhone guna Safari

  1. Buka halaman ini dalam Safari, tekan Buka Berkatly
  2. Tekan butang Share di bawah
  3. Scroll & pilih “Add to Home Screen”
  4. Tekan Add di atas kanan. Siap!
Buka dari Instagram / Facebook / TikTok? Tekan ⋯ di atas, pilih “Buka dalam browser” dulu. Baru pilihan pasang akan keluar.
Soalan lazim

Ada soalan?

Betul ke percuma?

Ya, 100% percuma. Tiada iklan, tiada langganan, tiada caj tersembunyi.

Kalau saya update, data hilang tak?

Tidak. App dikemas kini secara automatik bila dibuka, dan data anda kekal dalam telefon.

Kalau tukar telefon macam mana?

Scroll ke bawah sekali dalam app, buka “Backup & pulih data”, salin backup dan simpan di WhatsApp atau nota. Di telefon baru, tampal semula di tempat yang sama. Gambar resit tidak termasuk dalam backup, jadi simpan gambar penting ke galeri juga.

Perlu internet ke?

Perlu internet untuk buka kali pertama. Selepas tu, Berkatly boleh dibuka walaupun tanpa internet.

Siapa yang buat Berkatly?

Berkatly dibawakan oleh @sarahamir.fs, perunding takaful & pewarisan harta Islam, untuk bantu keluarga Malaysia urus duit dengan lebih berkat.

Ikon Berkatly

Bukan soal banyak,
tapi berkat.

Mula urus duit keluarga hari ini. Percuma, selamanya.